Renang
atau hydrotherapy boleh dianggap sebagai salah satu jenis fisioterapi.
Ia akan memanfaatkan semua individu CP lebih-lebih lagi bagi mereka
yang mengalami tahap ketidakupayaan yang teruk.
Renang akan membantu mereka dalam pelbagai aspek seperti
membolehkan pergerakan bebas, mengurangkan ketegangan otot, membina kekuatan
otot, mengurangkan tekanan pada badan akibat tarikan grativiti dan mengurangkan
berat badan. Semasa dalam air, mereka boleh bergerak dengan lebih mudah dan
bebas, di mana mereka mungkin sukar atau langsung tidak berupaya melakukannya
semasa berada di darat. Semasa berada dalam air, mereka boleh dibimbing
melakukan pelbagai aktiviti yang boleh membantu perkembangan motor kasar mereka
seperti berdiri, berjalan dan menepuk air dengan tangan atau kaki. Berenang
dalam air suam atau panas juga dapat mengurangkan ketegangan dan kesakitan
otot.
Selain itu, terdapat juga terapi atau rawatan alternatif
lain yang boleh membantu individu-individu CP. Contohnya, hipotherapy,
sensory integration therapy, play therapy, behavioural therapy,
music and dance therapy, suit therapy, hyperbaric oxygen
therapy dan neural stem cell therapy. Ada antara terapi atau rawatan
alternatif itu hanya diamalkan di negara-negara tertentu dan belum berkembang
ke seluruh dunia. Ada juga yang masih baru diperkenalkan dan mungkin masih
dalam kajian akan keberkesanannya.
Antara kepentingan hidroterapi ini ialah:
1. Menghilangkan tekanan.
2.Keupayaan berkomunikasi.
3. Simulasi sistem otak
4. Bina keyakinan diri.
5. Kreativiti.
6. Kawalan diri.
7. Latihan Social skill
8. Merangsang pertuturan.
9. Melatih sikap bekerjasama.
10. Meningkatkan kesabaran.
11. Pengamatan.
12. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain.
13. Latihan daya kepimpinan.
14. Manipulasi tangan dan jari-jemari.
15. Daya konsentrasi.
16. Pembentukan
17. Peningkatan self-esteem.
PERALATAN TERAPI HIDRO
No comments:
Post a Comment