Kanak-kanak CP juga lebih cenderung mengalami masalah tumpuan yang dipanggil Attention Deficit Hyperactive Disorder atau masalah tingkahlaku daripada kanak-kanak lain. Terdapat beberapa jenis masalah tumpuan atau tingkahlaku.
Ada
yang kurang daya tumpuan. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian
terhadap sesuatu dalam tempoh masa yang lama. Mereka akan berasa bosan
terhadap sesuatu selepas beberapa minit dan akan beralih tumpuan
terhadap benda lain. Namun begitu, dia dapat melakukan aktiviti yang
disukai seperti bermain permainan kegemaran dalam masa yang lama.
Ada
yang terlampau aktif. Mereka tidak dapat duduk diam dan menghabiskan
tugas yang diberi. Dia akan bergerak ke sini dan ke sana. Sekiranya
seseorang itu tidak berupaya bergerak, dia juga akan menyentuh,
mengambil atau bermain dengan apa-apa saja barang di sekeliling yang
dapat dicapainya.
Ada yang impulsif.
Mereka ini akan melakukan sesuatu, menyatakan sesuatu atau memberi
respon tanpa berfikir panjang. Mereka akan menjawab sebelum seseorang
habis bertanya. Mereka tidak akan sabar menunggu giliran mereka. Mereka
akan berebut dengan orang lain untuk mendapatkan sesuatu barang yang
diingini seperti anak patung.
No comments:
Post a Comment