CP berkait rapat dengan ketegangan otot
yang tidak selaras. Ada yang mengalami ketegangan otot yang terlalu
tinggi dan ada yang mengalami ketegangan otot yang terlalu rendah. Ada
juga yang kadang-kadang mengalami ketegangan otot yang terlalu tinggi
dan kadang-kadang mengalami ketegangan otot yang terlalu rendah.
Ketegangan
dan juga kekuatan otot yang tidak selaras ini boleh menyebabkan masalah
pada sistem rangka seseorang itu. Postur badan individu-individu CP yang tidak betul semasa duduk, berdiri, berjalan dan sebagainya
juga akan menyebabkan masalah sistem rangka. Hal ini mungkin akan
menyebabkan scoliosis di mana tulang belakang mereka akan
menjadi bengkok atau pada keadaan yang abnormal selepas suatu tempoh
masa, sendi-sendi mereka mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik dan
sebagainya.
Pinggul mereka mungkin juga akan lari daripada kedudukannya yang dipanggil (hip dislocation) dalam bahasa Inggeris. Sekiranya tidak dirawat, masalah hip dislocation ini akan mendatangkan kesakitan.
No comments:
Post a Comment