Intellikeys merupakan sejenis papan kekunci
yang direka khusus bagi kegunaan golongan kurang upaya. Ia sesuai digunakan
oleh golongan kurang upaya yang mengalami masalah pergerakan tangan, masalah
penglihatan dan juga masalah pembelajaran.
Ia mudah dipasang di mana pengguna hanya perlu plugkannya
kepada komputer, biasanya melalui USB plug. Ia digunakan bersama-sama
dengan overlay di mana pengguna perlu menyelitkan salah satu overlay
padanya. Setiap pembelian intellikeys akan datang bersama 6 standard
overlays iaitu alphabet overlay, math access overlay, mouse
overlay, QWERTY overlay, basic writing overlay dan web
access overlay serta 1 setup overlay yang membolehkan pengguna
menetapkan ciri-ciri tertentu seperti reponse atau repeat rate
berdasarkan keperluan pengguna. Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu
menekan atau menyentuh kekunci-kekunci yang diingini pada sesuatu overlay
dengan daya yang rendah.
Intellikeys mempunyai pelbagai kebaikannya.
Saiz kekunci-kekunci dan jarak antaranya yang agar besar memudahkan OKU yang
mengalami masalah pergerakan tangan untuk menaip. Kedua-dua ciri ini dapat
mengurangkan kemungkinan mereka tertekan kekunci-kekunci lain. Di samping itu, keyguard
juga boleh digunakan bersama-sama dengan intellikeys. Warna antara
kekunci-kekunci dengan latar belakang yang kontraks dan saiz kekunci serta
tulisan padanya yang besar membolehkan OKU yang mengalami masalah penglihatan
melihatnya dengan lebih mudah. Mereka yang sukar menggunakan tetikus boleh
menggunakan mouse overlay atau overlay lain yang juga mempunyai mouse
access. Kanak-kanak kecil dan mereka yang bermasalah pembelajaran boleh
menggunakan alphabet overlay yang hurufnya disusun mengikut turutan dan math
overlay untuk belajar. Web access overlay memudahkan OKU mengakses
internet di mana overlay tersebut mengandungi pintasan-pintasan atau
gabungan huruf tertentu seperti forward, backward, history,
'www.' dan '.com' selain abjad, nombor dan mouse access. Contohnya,
dengan menggunakan overlay tersebut, mereka yang ingin menaip alamat
laman web tidak perlu lagi menaip 'www.' satu per satu, sebaliknya mereka boleh
terus menekan kekunci 'www.' sekali saja.
Selain 6 standard overlay, kita juga boleh mereka
pelbagai overlay mengikut keperluan pengguna dengan menggunakan perisian
(software) tertentu. Kita boleh mereka overlay yang boleh
digunakan untuk membantu pembelajaran mereka. Walaubagaimanapun, intellikeys
juga mempunyai keburukannya seperti papan kekuncinya yang rata mungkin
menyebabkan mereka kurang sedar akan sesuatu kekunci telahpun ditekan.
No comments:
Post a Comment