Selain terapi, sesetengah individu CP juga perlu mengambil ubat. Sungguhpun CP yang
dialami seseorang tidak dapat diubati, namun pengambilan ubat-ubatan dapat
mengurangkan sesetengah simtom yang dialaminya.
Terdapat beberapa jenis ubat yang
digunakan untuk melegakan sesetengah simtom CP khususnya dalam
mengurangkan ketegangan otot-otot yang melampau. Diazepam, Baclofen
dan Dantrolene merupakan tiga jenis ubat yang biasa digunakan dalam
mengurangkan ketegangan otot individu-individu CP jenis spastik.
Walaupun memainkan fungsi yang sama, ketiga-tiga jenis ubat itu mempunyai cara
tindak balas yang berlainan. Selain itu, terdapat juga ubat-ubat yang dapat
meransang kawalan pergerakan dan penggunaan otot-otot yang lebih baik.
Botulinum toxin type A
atau Botox juga boleh digunakan terhadap individu-individu CP. Ia akan disuntik pada otot-otot tertentu yang mengalami ketegangan
yang terlampau tinggi. Ia hanya berkesan pada otot yang disuntik saja dan hanya
bertahan selama beberapa bulan saja. Apabila ketegangan sesuatu otot
dikurangkan, aktiviti terapi terhadapnya dapat dilakukan dengan lebih mudah.
Hal ini seterusnya akan merangsang perkembangan fizikal dan pergerakan
seseorang. Berdasarkan keberkesanan Botox terhadap sesuatu otot dan juga
tempoh keberkesanannya, terapi terhadap otot tersebut haruslah mula dilakukan
atau dipergiatkan sebaik sahaja ia disuntik. Botox boleh disuntik lagi
selepas suntikan sebelumnya itu hilang keberkesanannya.
Selain itu,
individu-individu CP yang mengalami epilepsi juga perlu mengambil
ubat untuk mengawal epilepsi.
No comments:
Post a Comment