Search This Blog

Monday 16 December 2013

Orthoses / Braces



Brace yang juga dikenali sebagai orthoses merupakan sesuatu alat ortopedik yang dipakai oleh sesetengah individu yang mengalami masalah-masalah yang berkaitan dengan ortopedik seperti CP. Brace biasanya dibuat oleh pakar-pakar ortopedik dengan menggunakan plastik. Ada juga yang diperbuat daripada logam, kulit atau campuran bahan-bahan tersebut. Brace akan memegang anggota badan tertentu seperti kaki supaya ia kekal berada dalam posisi yang stabil. Antara fungsi brace adalah seperti menstabilkan anggota badan termasuk bahagian belakang badan, mengurangkan ketegangan otot, mengelakkan atau mengurangkan masalah sistem rangka atau anggota badan yang berposisi abnormal, meningkatkan fungsi sesuatu anggota badan dan sebagainya.



Terdapat pelbagai jenis brace yang digunakan oleh individu-individu CP khususnya kanak-kanak seperti Ankle-Foot Orthoses, Knee-Ankle Foot Orthoses, Spinal Orthoses, Foot Orthoses dan Hand Orthoses. Kebanyakan brace seharusnya dipakai sepanjang hari. Ada yang hanya dipakai semasa mereka berlatih berdiri dan berjalan seperti knee-ankle orthoses.



Ankle-foot orthoses atau AFO merupakan salah satu jenis brace yang biasa dipakai oleh kanak-kanak CP  yang berjalan terjungkit-jungkit. AFO terbahagi kepada beberapa jenis atau bentuk dan dipakai untuk meregangkan tendon Achilies. Mereka yang tidak boleh meregangkan otot-otot pada tangan sehingga menyebabkan tangan sentiasa berada dalam keadaan tegang atau jari-jari sentiasa tertutup rapat mungkin boleh memakai hand orthoses yang bersesuaian. Begitu juga dengan mereka yang mengalami masalah untuk duduk tegak atau scoliosis mungkin akan disaran supaya memakai spinal orthoses.



Contoh Ankle-Foot Orthoses




Contoh Knee-Ankle Foot Orthoses

 
Contoh Hand Orthoses


Back Brace Orthoses



 



No comments:

Post a Comment