Sesetengah individu kurang upaya termasuk CP
hanya berkeupayaan menggunakan sebelah tangan saja. Bukan itu saja, tetapi
pergerakan tangan itu mungkin juga agak terhad. Mereka ini boleh menggunakan
papan kekunci sebelah tangan (single handed keyboard) supaya dapat
menaip dengan lebih mudah. Terdapat beberapa jenis single handed keyboard
yang masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri bagi memenuhi keperluan khas
seseorang OKU.
Salah satu jenis single handed
keyboard yang boleh digunakan oleh individu CP ialah maltron
single handed keyboard. Ia boleh didapati dalam dua bentuk berdasarkan
kegunaan tangan yang dominan iaitu maltron rigth-handed keyboard bagi
kegunaan tangan kanan dan maltron left-handed keyboard bagi kegunaan
tangan kiri.
Maltron Right-Handed Keyboard & Maltron Left-Handed Keyboard
Matron single handed keyboard
direka dalam bentuk melengkung dan kekunci-kekuncinya disusun mengikut susunan
tertentu bagi membolehkan seseorang menaip dengan mudah dan pantas. Papan
kekunci ini direka dengan fungsi push-on push-off bagi kekunci 'Shift',
'Ctrl' dan 'Alt' yang fungsinya adalah sama seperti Sticky Keys. Dengan
fungsi tersebut, seseorang itu tidak perlu menekan dua kekunci pada satu masa
untuk mendapatkan aksara atau melakukan pintasan tertentu seperti kekunci
'ctrl' dan 'u' untuk menggariskan sesuatu huruf atau perkataan. Sebaliknya, dia
perlu menekan kekunci 'ctrl' terlebih dahulu dan dikuti dengan huruf 'u'. Hal
ini semua memudahkannya menaip dengan menggunakan satu tangan saja.
No comments:
Post a Comment