Search This Blog

Saturday 28 December 2013

(BONUS) 10 Keping Gambar Dan Video Youtube Teknologi Dalam Pendidikan Khas

1. Access4Kids

Link Video Youtube
http://www.youtube.com/watch?v=Mc6eygC5eQ8


2.  Robotic  Exoskeleton Rex

Link Video Youtube
http://www.youtube.com/watch?v=bnX3eSM1KIo


3. Intellikeys
Link Video Youtube
http://www.youtube.com/watch?v=h9hdMJmAZ5Q


4.  Braille Touch
Link Video Youtube
http://www.youtube.com/watch?v=rIEO1bUFHsI


5. BrainPort
Link Video Youtube
http://www.youtube.com/watch?v=_nBs7PnKxzE


6. Dynavox
Link Video Youtube
http://www.youtube.com/watch?v=R8VuA8yVBv8


7. Mountbatten brailer
Link Video Youtube
http://www.youtube.com/watch?v=xMHuWGUEu2M


8. Smartchair Foldable Power Wheelchair
Link Video Youtube
http://www.youtube.com/watch?v=RF1_5OYDtoo


9. Rollator
Link Video Youtube
http://www.youtube.com/watch?v=IPkwisIApFU


10. Keyguard / alternative keyboard
Link Video Youtube
http://www.youtube.com/watch?v=pWvwo6ynFEE







Thursday 19 December 2013

Pendidikan Individu Yang Mengalami Cerebral Palsy

Banyak kanak-kanak CP memerlukan pendidikan khas. Hal ini kerana masalah pergerakan badan yang dialami akan menyukarkan mereka untuk belajar. Selain itu, sebilangan mereka juga mengalami kecerdasan mental yang lebih rendah dan ada juga yang mengalami masalah pembelajaran serta masalah-masalah sampingan yang lain. Namun begitu, bukan mereka semua memerlukan pendidikan khas bagi sepanjang tempoh persekolahan mereka. Ada yang hanya memerlukan pendidikan khas bagi beberapa bulan atau tahun sahaja dan dengan bimbingan awal tersebut, mereka berkeupayaan mengikuti pelajaran di sekolah biasa selepas itu. Oleh itu, kanak-kanak CP haruslah diberi pendidikan khas seawal yang mungkin agar lebih banyak daripada mereka berpeluang ke sekolah biasa apabila tiba masanya.

Pendidikan khas merupakan pendidikan bagi pelajar-pelajar kurang upaya yang mengalami kesukaran untuk mengikuti cara-cara pengajaran dan pembelajaran dan mungkin juga silibus yang biasanya diikuti oleh pelajar-pelajar lain. Mereka mengalami kesukaran tersebut akibat daripada ketidakupayaan yang dialami khususnya dari segi penglihatan, pendengaran dan pembelajaran. Mereka terutamanya yang mengalami ketidakupayaan penglihatan dan pendengaran biasanya akan diajar dengan berdasarkan silibus yang sama tetapi memerlukan cara-cara pengajaran dan pembelajaran yang berlainan seperti dengan penggunaan braille, mesin braille, bahasa isyarat dan sebagainya. 
 
Manakala, sesetengah OKU yang mengalami masalah pembelajaran atau pelbagai ketidakupayaan bukan saja memerlukan cara-cara pengajaran dan pembelajaran yang berbeza, tetapi mereka juga tidak dapat mengikuti silibus biasa dengan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Mereka ini akan diajar berdasarkan silibus yang diubahsuaikan supaya bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan masing-masing. Dengan adanya silibus dan cara pengajaran serta pembelajaran yang bersesuaian, mereka akan mempelajari sesuatu dengan lebih mudah dan berkesan.

Selain itu, mereka yang mengikuti pendidikan khas biasanya juga akan diajar berdasarkan Pelan Pembelajaran Individu (Individualized Education Plan - IEP). IEP direka untuk memenuhi keperluan akademik seseorang pelajar kurang upaya itu. Dengan berdasarkan pencapaian akademik seseorang pelajar pada sesuatu masa, IEP akan menggariskan matlamat seterusnya yang harus dicapai oleh pelajar itu dalam tempoh masa tertentu seperti setahun, dan usaha-usaha serta cara-cara yang perlu diambil untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut. Seseorang yang kurang upaya boleh mendapatkan pendidikan khas sama ada di sekolah-sekolah khas yang bersesuaian atau kelas-kelas khas yang didapati di sesetengah sekolah.

Bagi pelajar-pelajar CP khususnya yang mengalami cerebral palsy tahap sederhana atau teruk seperti tidak berupaya duduk dengan betul, tidak berupaya atau sangat sukar untuk menulis dan mengalami masalah pembelajaran yang teruk, mereka biasanya perlu mengikuti pendidikan khas bagi sepanjang tempoh persekolahan. Selain itu, ada yang terus pergi belajar di sekolah-sekolah biasa khususnya mereka yang mengalami CP tahap rendah. Ada yang langsung tidak bersekolah atau tercicir daripada alam persekolahan kerana tiada sekolah khas yang bersesuaian atau tidak tahu akan kewujudannya dan juga tidak berupaya mengikuti pengajaran dan pembelajaran di sekolah biasa atas sebab ketidakupayaan atau sebab-sebab lain. Ada yang terpaksa meneruskan pelajaran di sekolah khas walaupun berpotensi belajar di sekolah biasa atas masalah-masalah tertentu termasuk persekitaran sekolah yang kurang mesra OKU, masalah pengangkutan, tiada ahli keluarga yang mempunyai masa untuk menghantar dan mungkin menjaganya di sekolah dan kurang penerimaan serta sokongan pihak sekolah terutamanya guru selain keadaan fizikal yang kurang mengizinkan.

Monday 16 December 2013

Peralatan Khas Untuk Makan Dan Minum

Ada sebilangan kecil individu CP khususnya yang mengalami CP jenis spastik diplegia tidak mengalami sebarang masalah untuk menyuap sendiri. Mereka boleh memakan dengan baik seperti orang lain. Ada yang berupaya menyuap sendiri dengan menggunakan peralatan yang biasa tetapi agak sukar sedikit akibat daripada masalah pergerakan yang dialami. Tahap kesukaran yang dialami oleh seseorang itu adalah berbeza antara satu sama lain.

Ada yang memerlukan bantuan seseorang untuk menyuap mereka. Hal ini kerana mereka mungkin tidak berupaya memegang sudu biasa dengan pemegang yang kecil; mengalami ketegangan otot yang terlalu tinggi sehingga tidak berupaya menggerakkan tangan ke arah makanan, mengambil makanan dengan sudu dan membawa sudu bersama makanan ke mulut; tidak dapat mengawal pergerakan tangan semasa makan; tidak dapat duduk dengan baik dan lain-lain. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil mereka berupaya menyuap makanan sendiri dengan adanya peralatan khas.

Contohnya, penggunaan pengalas yang tidak licin untuk mengalas pinggan atau meja khas dapat menghalang pingan daripada tergerak-gerak semasa seseorang mengambil makanan dari pingan tersebut akibat daripada pergerakan tangan yang abnormal atau tidak terkawal; sudu atau garpu yang mempunyai pemegang plastik yang besar untuk memudahkan seseorang itu untuk memegangnya; dan bentuk sudu atau garpu yang direka khas untuk memudahkan seseorang mengambil makanan dan memasukkannya ke dalam mulut; selain menggunakan pingan yang bersesuaian.



Ada individu CP berupaya meminum air sendiri daripada cawan. Ada pula yang tidak berupaya untuk meminum air daripada cawan dan memerlukan penyedut minuman. Penggunaan cawan yang mempunyai pemegang adalah penting bagi mereka yang mempunyai masalah pergerakan tangan untuk minum. Pemegang cawan itu haruslah besar untuk membolehkan seseorang memegangnya dengan baik. Seboleh-bolehnya cawan itu ringan dan tidak mudah pecah untuk membolehkan seseorang menggunakannya dengan mudah dan selamat. Selain itu, terdapat juga cawan yang direka khas seperti sebahagian pinggir cawan yang berbentuk separuh bulat untuk memudahkan seseorang minum.

Orthoses / Braces



Brace yang juga dikenali sebagai orthoses merupakan sesuatu alat ortopedik yang dipakai oleh sesetengah individu yang mengalami masalah-masalah yang berkaitan dengan ortopedik seperti CP. Brace biasanya dibuat oleh pakar-pakar ortopedik dengan menggunakan plastik. Ada juga yang diperbuat daripada logam, kulit atau campuran bahan-bahan tersebut. Brace akan memegang anggota badan tertentu seperti kaki supaya ia kekal berada dalam posisi yang stabil. Antara fungsi brace adalah seperti menstabilkan anggota badan termasuk bahagian belakang badan, mengurangkan ketegangan otot, mengelakkan atau mengurangkan masalah sistem rangka atau anggota badan yang berposisi abnormal, meningkatkan fungsi sesuatu anggota badan dan sebagainya.



Terdapat pelbagai jenis brace yang digunakan oleh individu-individu CP khususnya kanak-kanak seperti Ankle-Foot Orthoses, Knee-Ankle Foot Orthoses, Spinal Orthoses, Foot Orthoses dan Hand Orthoses. Kebanyakan brace seharusnya dipakai sepanjang hari. Ada yang hanya dipakai semasa mereka berlatih berdiri dan berjalan seperti knee-ankle orthoses.



Ankle-foot orthoses atau AFO merupakan salah satu jenis brace yang biasa dipakai oleh kanak-kanak CP  yang berjalan terjungkit-jungkit. AFO terbahagi kepada beberapa jenis atau bentuk dan dipakai untuk meregangkan tendon Achilies. Mereka yang tidak boleh meregangkan otot-otot pada tangan sehingga menyebabkan tangan sentiasa berada dalam keadaan tegang atau jari-jari sentiasa tertutup rapat mungkin boleh memakai hand orthoses yang bersesuaian. Begitu juga dengan mereka yang mengalami masalah untuk duduk tegak atau scoliosis mungkin akan disaran supaya memakai spinal orthoses.



Contoh Ankle-Foot Orthoses




Contoh Knee-Ankle Foot Orthoses

 
Contoh Hand Orthoses


Back Brace Orthoses



 



Switch Access



Sesetengah individu CP mengalami masalah pergerakan tangan yang agak serius. Mereka mengalami masalah untuk mengawal pergerakan tangan mereka. Mereka bukan saja tidak boleh menulis dan menggunakan komputer dengan papan kekunci dan tetikus biasa, tetapi mereka juga tidak dapat menggunakan papan kekunci atau tetikus khas dengan efektif. Walaubagaimanapun, mereka tetap boleh mengakses komputer dan internet dengan menggunakan switch.

Switch access merupakan cara yang paling mudah bagi individu-individu CP atau OKU lain yang mengalami pergerakan tangan yang sangat terhad untuk menggunakan komputer. Dari segi fizikal, mereka hanya perlu menekan sesuatu switch. Mereka boleh menekan switch itu dengan tangan, siku, kepala, lutut atau anggota badan lain yang berkeupayaan untuk menekan switch. Untuk menggunakan switch, kita biasanya perlu menginstall perisian yang berkaitan dengannya terlebih dahulu. Selain perisian, switch juga mempunyai aksessorinya iaitu mounting yang memegangnya. Switch boleh digunakan sebagai switch tersendiri, papan kekunci dan tetikus. 




Untuk menaip sesuatu huruf atau melakukan sesuatu pergerakan cursor termasuk single click dan double click dengan switch, mereka perlu menekan switch untuk mengaktifkannya terlebih dahulu. Dengan ini, launcher tertentu yang kelihatan seperti on screen keyboard akan dipaparkan pada monitor. Satu skanning akan bergerak dari satu set kekunci ke satu set kekunci yang lain. Masa yang diambil oleh skanning untuk bergerak dari satu set kepada set yang lain boleh diubah berdasarkan keperluan seseorang individu. Mereka mesti memastikan set kekunci yang mana satukah mengandungi kekunci yang diingini. Kemudian, mereka perlu menekan switch apabila skanning itu berada pada set kekunci tersebut. Dengan ini, scanning akan menjadi lebih kecil dan bergerak dari satu subset kekunci ke satu subset kekunci lain yang berada dalam set kekunci yang dipilih itu. Proses ini mungkin diteruskan sekali lagi sehingga skanning itu bergerak dari satu kekunci ke satu kekunci yang lain. Akhirnya, mereka perlu menekan switch sekali lagi untuk memilih kekunci yang diingini itu apabila skanning berada padanya.

Walaupun switch access merupakan satu cara yang paling mudah bagi individu-individu yang mengalami pergerakan tangan yang sangat terhad untuk mengakses komputer, tetapi mereka mesti mempunyai tahap kognitif tertentu. Mereka mesti berkebolehan memahami konsep scanning dan juga menentukan kedudukan kekunci yang diingini pada launcher.

Mereka memerlukan masa yang sangat lama untuk menaip sesuatu atau menggerakkan cursor bagi melakukan sesuatu dengan menggunakan switch. Mereka mungkin hanya dapat menaip beberapa perkataan sahaja dalam masa sejam. Adakalanya, mereka tersilap atau terlewat menekan switch akibat daripada masalah pergerakan atau sebab-sebab lain. Hal ini mungkin boleh menyebabkan mereka berasa kecewa. Walaubagaimanapun, dengan adanya switch, mereka boleh menggunakan komputer, mengakses internet, belajar dan membuat kerja sekolah. Selain itu, kepantasan skanning boleh ditingkatkan dari masa ke semasa apabila seseorang itu telah menguasai penggunaan switch.

Selain single-handed keyboard, intellikeys, keyguard dan switch, terdapat pelbagai perkakasan komputer khas yang lain bagi memenuhi keperluan khas golongan kurang upaya. Contohnya, joystick, eye gaze system, expanded keyboard, mini keyboard dan sebagainya. Kebanyakan perkakasan komputer tersebut hanya dihasilkan di sesetengah negara sahaja dan harganya agak tinggi. Hal ini menyebabkan kebanyakan individu palsi serebrum yang memerlukan perkakasan khas ini tidak dapat mengakses komputer dan internet. Individu-individu kurang upaya, ibubapa atau guru mereka juga tidak dapat mencuba perkakasan tersebut sebelum membeli untuk memilih perkakasan yang betul-betul sesuai dengan keperluan mereka. Mereka semua juga perlu mempelajari cara-cara menggunakan perkakasan tersebut dengan sendiri berdasarkan buku panduan yang diberi saja. Sekiranya terdapat sebarang masalah pada perkakasan tersebut, mereka juga tidak dapat atau sangat sukar untuk mendapatkan perkhidmatan bagi membaikinya.




Single Handed Keyboard



Sesetengah individu kurang upaya termasuk CP hanya berkeupayaan menggunakan sebelah tangan saja. Bukan itu saja, tetapi pergerakan tangan itu mungkin juga agak terhad. Mereka ini boleh menggunakan papan kekunci sebelah tangan (single handed keyboard) supaya dapat menaip dengan lebih mudah. Terdapat beberapa jenis single handed keyboard yang masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri bagi memenuhi keperluan khas seseorang OKU.



Salah satu jenis single handed keyboard yang boleh digunakan oleh individu CP ialah maltron single handed keyboard. Ia boleh didapati dalam dua bentuk berdasarkan kegunaan tangan yang dominan iaitu maltron rigth-handed keyboard bagi kegunaan tangan kanan dan maltron left-handed keyboard bagi kegunaan tangan kiri.

 Maltron Right-Handed Keyboard & Maltron Left-Handed Keyboard



Matron single handed keyboard direka dalam bentuk melengkung dan kekunci-kekuncinya disusun mengikut susunan tertentu bagi membolehkan seseorang menaip dengan mudah dan pantas. Papan kekunci ini direka dengan fungsi push-on push-off bagi kekunci 'Shift', 'Ctrl' dan 'Alt' yang fungsinya adalah sama seperti Sticky Keys. Dengan fungsi tersebut, seseorang itu tidak perlu menekan dua kekunci pada satu masa untuk mendapatkan aksara atau melakukan pintasan tertentu seperti kekunci 'ctrl' dan 'u' untuk menggariskan sesuatu huruf atau perkataan. Sebaliknya, dia perlu menekan kekunci 'ctrl' terlebih dahulu dan dikuti dengan huruf 'u'. Hal ini semua memudahkannya menaip dengan menggunakan satu tangan saja.