Search This Blog

Saturday 17 December 2016

Keputusan Temu Duga SPP

Assalammualaikum dan salam sejahteraaa..

Aku ingat nak post pasal Convocation day aku yg 3 Nov 2016 tu.. tapi Internet rumah ade problem plak time tu. So, entry kali ni aku nak bgtau good news.. Yes! korang baca title post tu, tu la yg aku nak bagitau..

Post before ni kan aku ade cter pasal aku pegi interview aku untuk jadi cikgu tu kan. Arini aku nak story pasal result interview SPP. Actually keputusan ni keluar kelmarin. Tu pon aku tau lepas bace group Whatsapp.



Alhamdulillah, aku lulus interview SPP tu. Tapi xtau la bila postingnya.. lepas ni jadi cikgu la kome. Terima kasih dekat sesiapa yang tolong mendoakan. Kepada kawan-kawan yang menjadi calon simpanan & juga yang belum interview, sy doakan semua akan berjaya dan dapat posting. Amiin.. Okay,, jumpe lagi nantiii ^^

Friday 4 November 2016

Interview Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Gred DG41 SPP

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Harini baru dapat update pasal iv(interview) SPP semalam. Aku kena iv 3 November 2016 pukul 9.30 pagi dekat SPP, Putrajaya. First tu abah nak hantar. Tapi kesian plak kat abah. So, aku pun mintak kakde hantarkan sebab die takde kelas.. Kesian betul, iv aku sampai 1.30 petang. Dari pukul 9.00 pagi sampai 1.30 petang la dia stay kat Putrajaya. Boleh plak die tido dalam kereta. Bapak ahh, bahaya betul.

Malam sebelum nak iv tu, means malam 2 Nov tu, aku demam teruk pulak + sakit kepala + tonsil bengkak. Tak tau la sebab nervous sangat atau sebab tonsil bengkak. Biasa kalau tonsil bengkak,mmg demam. Malam tu plan nak tido awal la konon-kononye. Tapi... hmmphh! sejam je dapat tido. Golek sana, golek sini tak dapat tido. So, kat sini aku cuba la citer sikit cemana perjalanan aku pegi iv tu. Mybe boleh jadi gambaran utk adik2, kakak2 atau abang2 yang nak gi iv SPP jgak.


Perjalanan iv:

1. Sampai jabatan pdana menteri:
Beratur ambil pas pelawat...
Sediakan ic n lesen mandu..

Korang kene datang awal tau. Contohnye iv pukul 9.30. Make sure sampai SPP before pukul 9. Lagi awal lagi bagus. why? sebab nnt masa nak amek pas pelawat, korang kene tunggu lama kot sbb orang ramai gler. korang jgn ingat bdak U korang je ada. Masa time aku, ade bdakUKM, UM, UPSI & USM. U lain tak tau la sbb xborak plak. Mana yg aku borak sume U yg aku list je. hahahaha. Dtg awal ye..sebab jenuh nak beratur amek pas masuk tu..

2. Gerak ke kwsan iv:

Mybe sape 1st time masuk, xtau mana blok korang kat mane. so, jangan malu utk tanya org. Nnt orang tu akan tunjuk kat mane. Sampai foyer tempat iv, akan ade 9 kaunter.. Korang kene daftar dekat kaunter ikut no bilik korang. Tak paham? Contohnye sape iv dalam blik 7 akan daftar kt kaunter 7...gituuu. hahaha.
Lepas daftar duduk dulu.. Nanti staf akan panggil nama sorang-sorang untuk tengok fail dan salinan dokumen yang ada dalam fail. Masa kat meja ni, korang tanya akak/abang kaunter tu, sape yang akan iv korang. apa gelaran dia. Tuan ke, Puan ke, Haji ke, Dato ke, Dr ke, Tan Sri ke. So, nnt senang la korang nak bahasakan diri dorang mase IV. Lepas dah siap check fail & salinan tu, korang duduk balik. Tunggu nama untuk dipanggil untuk masuk bilik iv.
p/s:  Ape bende yang kene ada dalam fail & salinan tu, nanti aku bgtau kat bawah ea. Stay tuned ^^

3. Masuk bilik iv:

Temuduga akan berlangsung ikut opsyen. Siapa yang opsyen sama akan masuk bilik yg sama. macam aku opsyen Pendidikan Khas, bilik iv utk semua opsyen Pendidikan Khas dalam bilik 7. Setiap bilik akan ada 5 - 7 orang masuk untuk iv. Yes, korang mmg akan iv ramai2 dan serentak. Bukan sorang ye. Duration tu adalah dari 1 jam - 1 jam setengah. Masa iv tu, just bawak diri sendiri & buku RPH je. Handbag korang boleh letak luar je. Kalau ade member, mintak member tolong tengokkan. Kalau datang sorang, dont worry. In sha Allah barang selamat. Kan sume kat situ bakal-bakal cikgu. Takkan la nak mencuri. Tapi kalau kene curi tu, fikir bukan rezeki je la.
Nnt before masuk bilik iv tu, staf SPP akan susun kite ikut nama.. Korang akan masuk ikut nama tadi. Orang yang depan sekali kena ketuk pintu & bagi salam sambil senyum masa masuk. Korang kene ketuk pintu bila loceng bunyi tau. So, alert please.

4. Habis iv

Lepas korang habis iv tu, boleh la salam2 dengan interviewer tu. Cakap la terima kasih sekali. Muka tu jangan kelat even kau tak suka atau bad mood. Senyum je.. Senyum kan sedekah.. :) Bila dah keluar bilik, korang amek la fail & RPH masing-masing. Lepas tu boleh balik. Nak lepak situ pon boleh, nak bergambar dlm SPP tu pon boleh. Tp please kawal manner & behave sikit ea. Jangan nak tergedik2 atau bising sangat. huhu.

5. Balik.

Before korang balik tu, pulangkan dulu pas pelawat. Kat mana? korang ikut je balik jalan korang datang tadi. Pulang pas dekat tempat sama korang amek pas. Lepas dah pulang pas, baru la balik. Say byebye to Jabatan Perdana Menteri.

6. Pakaian:

Korang kene la pakai formal. Boleh google juga etika pemakaian guru. hahaha.. pemalas betul seketul Liyana Akmal ni
 p/s : nametag jgn lupe. Cuba tengok ciri2 nametag yang betul dalam pekeliling am bilangan 8 tahun 1985

7. Fail dan salinan

Untuk fail tu, korang letak apa yang SPP nak je. Boleh download senarai semak dekat SPP. Tapi tambah la Sijil Berhenti Sekolah. Sijil aktiviti kurikulum & koko tu korang boleh letak berapa banyak yang korang ada dala fail tu. Tapi yang salinan punya, korang just pilih 3 atau 4 sijil tertinggi je. Yang lain dia taknak. Semua salinan dokumen dan sijil tu korang letak dalam sampul surat putih.

8. Soalan interview:
Ok!! Ni mesti ramai nak tau kan pe bende la soalan yang kene tanya. Ni just pendapat aku ea. Aku rase soalan iv ni akan ulang-ulang je selama 7 hari iv berjalan. Kenapa aku ckp cenggitu?? Sebab aku nampak interviewer ni baca soalan based on soalan yang ada dekat dalam kertas atas meja. And and and! aku rase teori aku ni betul sebab harini hari kedua iv berjalan. Tadi classmate whatsapp soalan iv dorang. Guess what?  Soalan hari kedua ni nak dekat sama dengan soalan semalam. Jeng jeng jeng. So korang yang nak iv ni, rajin2 la tanya or minta membe yang iv awal ni share soalan iv dorang. Hahahaha ^^ Kat bawah ni, aku copy paste soalan2 yang classmate aku post dalam group whatsapp include soalan aku sekali. Ni soalan iv untuk 2 hari ni je la.

Kumpulan 1, 3 Nov
Sebelum duduk,
1. Apa persediaan nak iv?

Selepas duduk,
Round 1.
1. Perkenalkan diri. Kenapa perlu dipilih jadi guru?
2. Ulasan untuk mengatasi kekurangan sebanyak 40 bilion ( bajet 2017 sebanyak 260 bilion tapi pendapatan sebanyak 219 bilion)

Round 2.
1. Apa anda faham tentang pendidikan khas? Berapa kategori murid masalah khas? Ada 6 tau jawapan dia. *Boleh rujuk Peraturan Pendidikan Khas ye*
2. Apa elemen RPH dan kaitan dengan Peraturan Pendididikan Khas 2013?

Round 3.
Situasi apa program yg kita nak buat kalau kita jadi duta pkhas

Kumpulan 3, 3 Nov

Panel SPP (round 1):
1. Kenalkan diri & nyatakan 5 sebab mengapa anda mahu jadi guru pendidikan khas?

2. PPPM 2013-2015 ada 3 gelombang. Sekarang sudah masuk gelombang ke 2. Apakah objektif gelombang. Nyatakan pandangan anda tentang gelombang 1 (2013-2015).

Panel GC (round 2)
1. Nyatakan puncakuasa ataupun dasar pendidikan khas.
2. Apakah kurikulum yang digunakan oleh pelajar Pendidikan Khas
3. Terangkan pendekatan yg sesuai utk mengajar pelajar Pendidika Khas.
4. Apa beza RPI & RPH
5 .Sebutkan satu nama atlet paramlipik yang menang sukan paramlipik baru2 ni beserta pencapaian mereka.

Panel SSP ( round 3)
Soalan lain2 utk setiap orang. Benda yg dia tanya:
1. sultan negeri masing2.
2. Sultan negeri masing2 yg pernah jadi Agong. Berapa kali jadi Agong.
3. Menteri besar negeri masing2.

Kumpulan 1, 4 Nov

Sebelum duduk:
1. Apa persediaan iv.

Masa duduk:

Pegawai spp.
1. Pekenal diri dan 5 sbb kenapa SPP perlu pilih anda
2. Bagaimana nak kurangkan defisit bajet 2017

Guru cmerlang
1. PeraturanPendidikan Khas 2013
2. Elemen RPH n huraikan
3. Situasi pembukaan sekolah pendidikan khas di Kg org asli
4. Pendekatan P&P utk murid yg suka pegang dan dengar radio masa belajar.
5. Situasi boleh ke kita campurkan pelajar LD dlm aliran perdana di Kg org asli tu disebabkan sekolah kurang murid.
6.Berapa jangkaan tempoh perkhidmatan yang kite nak berkhidmat.

Kumpulan 2, 4 Nov

Sebelum duduk
1. Apa persiaan untuk iv.

Pegawai SPP
1. Kenalkan diri
2. 5 sebab kenapa SPP perlu lantik kita jadi guru.
3. Pilih satu aspirasi murid dan huraikan.


Guru cemerlang.
1. Apa kefahaman tentang MBK
2. Kefahaman tentang inklusif
3. Macam mana nak tarik minat ibubapa hantar anak ke PPKI.
4. Murid normal, accident cacat fzikal. Apa bentuk pendidikan dia?
5. Murid normal, accident buta. apa pendidikan dia?

p/s: Kalau boleh jawab bias ringkas dan padat tau. Takyah explain panjang lebar sgt sebab nanti interviewer akan potong ape yg korang cakap. hahaha.


So, Good Luck and All The Best to semua yang akan ditemuduga. Doakan saya supaya dapat posting cepat. Amiin. And kepada kawan-kawan yang belum dipanggil utk IV, jgn sedih2. Kena ingat setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah dah susun cantik-cantik. Kita kena yakin akan aturanNya. Teruskan berdoa dan ready je. In sha Allah nanti korang akan dipanggil juga.

Assalammualaikum & babai..

Tuesday 1 November 2016

I'M BACK!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

fuhhhh, bersawang blog ni. Tadi saje je try sign in sbb dah lupe email & password. Mana taknye, blog ni buat mase 2013. ni dah nak masuk 2017 dah. Hahahha.. tu pon buat sebab nak penuhi assignment kursus. Sekarang ni dah habis belajar pon. Konvo (yeayyy!) 8 Nov ni in sha Allah.

Baru nak seronok konvo, tetibe classmate suruh check semakan temuduga SPP (temuduga untuk jadi cikgu kerajaan ni). Check2, Alhamdulillah dapat. Tapi bapak awal. 3 Nov 2016. Dengan semua bende yang dah lupe, tak masuk yang tak tau lagi... gigihla cari semua maklumat dan bahan2 untuk IV ni. Siap bagitau kat ibu lagi "Bu, dalam seminggu ni Yana busy sikit. Yana nak study. So, yana tak kemas rumah sangat la, baju abah ibu pon yana tak gosok. Nanti lauk yana masak simple2 je". Almaklumlah, semenjak tanam anggur ni, aku jadi suri rumah bertauliah & kerani ibu. Kalau nak kahwin dah boleh sangat la.. Cuma xde orang masuk minang je.. ahahahahhaha.. Sadis.

So, harini 2 Nov. Esok 3 Nov.  Lusa 4 Nov (OMG, besday kakde aku!) Aku ada IV 3 Nov pukul 9.30 pagi. So korang, tolong doakan seketul Liyana Akmal ni dipermudahkan urusan temuduga dan dapat posting cepat2. Nanti lepas IV, aku bagitau cemana pengalaman IV aku tu. Ye la, nnt senang junior2 aku nak refer. Macam aku, terkedek2 cari blog orang yg pernah pergi IV. Wish me luck!

p/s : Dr Yati pesan kalau nak pergi temuduga, amalkan Surah Yusuf ayat 4. Mak Ika a.k.a Ummi pulak pesan, "masa nak masuk tenmpat IV, baca SALAMUN QAULAN MIN ROBBORAHIM 7x. Bila dah kene panggil, baca ROBBISHYROHLI SODRI WAYASIRLI AMRI WAHLUL UQDATAMILISANI YAFQAHU QAULI. Maksud dia "Ya Allah lapangkanlah dadaku, mudahkan urusanku dan lepaskanlah kekakuan dalam lidahku.". 3 in 1 tu. Ingat Nescafe je ke yg ade 3 in 1. hehehe ^^


.