fuhhhh, bersawang blog ni. Tadi saje je try sign in sbb dah lupe email & password. Mana taknye, blog ni buat mase 2013. ni dah nak masuk 2017 dah. Hahahha.. tu pon buat sebab nak penuhi assignment kursus. Sekarang ni dah habis belajar pon. Konvo (yeayyy!) 8 Nov ni in sha Allah.
Baru nak seronok konvo, tetibe classmate suruh check semakan temuduga SPP (temuduga untuk jadi cikgu kerajaan ni). Check2, Alhamdulillah dapat. Tapi bapak awal. 3 Nov 2016. Dengan semua bende yang dah lupe, tak masuk yang tak tau lagi... gigihla cari semua maklumat dan bahan2 untuk IV ni. Siap bagitau kat ibu lagi "Bu, dalam seminggu ni Yana busy sikit. Yana nak study. So, yana tak kemas rumah sangat la, baju abah ibu pon yana tak gosok. Nanti lauk yana masak simple2 je". Almaklumlah, semenjak tanam anggur ni, aku jadi suri rumah bertauliah & kerani ibu. Kalau nak kahwin dah boleh sangat la.. Cuma xde orang masuk minang je.. ahahahahhaha.. Sadis.
So, harini 2 Nov. Esok 3 Nov. Lusa 4 Nov (OMG, besday kakde aku!) Aku ada IV 3 Nov pukul 9.30 pagi. So korang, tolong doakan seketul Liyana Akmal ni dipermudahkan urusan temuduga dan dapat posting cepat2. Nanti lepas IV, aku bagitau cemana pengalaman IV aku tu. Ye la, nnt senang junior2 aku nak refer. Macam aku, terkedek2 cari blog orang yg pernah pergi IV. Wish me luck!
p/s : Dr Yati pesan kalau nak pergi temuduga, amalkan Surah Yusuf ayat 4. Mak Ika a.k.a Ummi pulak pesan, "masa nak masuk tenmpat IV, baca SALAMUN QAULAN MIN ROBBORAHIM 7x. Bila dah kene panggil, baca ROBBISHYROHLI SODRI WAYASIRLI AMRI WAHLUL UQDATAMILISANI YAFQAHU QAULI. Maksud dia "Ya Allah lapangkanlah dadaku, mudahkan urusanku dan lepaskanlah kekakuan dalam lidahku.". 3 in 1 tu. Ingat Nescafe je ke yg ade 3 in 1. hehehe ^^
No comments:
Post a Comment