Search This Blog

Thursday 25 September 2014

RPH Sains Pendididikan Khas ( Bunyi Haiwan )

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Ini merupakan contoh RPH yang saya buat untuk macroteaching bagi kelas Pedagogi Dalam Pendidikan  :)

Maaf kalau lari sikit sebab sy terus copy paste dr file yang sy buat.. ^^



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
SAINS TAHUN 1


Kelas
1 Rajin
Tarikh
8 Mei 2014
Hari
Khamis
Masa
8.30 am – 9.10 a.m (40 minit)
Matapelajaran
Sains
Bilangan Murid
20 orang
Tajuk
Bunyi Haiwan
Objektif Am
Murid dapat mengenal bunyi-bunyi haiwan.
Objektif Pengajaran
Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat :
·         Menamakan haiwan-haiwan yang ditunjukkan dalam video dan gambar.
·         Meniru bunyi haiwan yang ditunjukkan dalam video dan gambar.
·         Membezakan dan mengkelaskan bunyi haiwan-haiwan yang ditunjukkan.
Nilai-nilai Murni
Yakin, berdisiplin, bersungguh-sungguh menyertai P&P, menumpukan perhatian, gembira, bekerjasama, kerajinan.
KBKK
Membuat ramalan, mengelaskan/ membuat kategori, membanding beza, membat sekuen / urutan.
Kaedah Pengajaran
·         Soal jawab
·         Perbincangan
·         Sumbangsaran
·         Mengkaji pengetahuan

Alat Bantu Mengajar (ABM)
·         Video “Bunyi-Bunyi Haiwan”
·         Audio bunyi-bunyi haiwan
·         Lagu “Can Mali Can”
·         Kad gambar haiwan
·         Lembaran Kerja
·         Komputer Riba
·         Paparan Skrin
·         Pembesar Suara
·         Papan Putih
·         Pen Marker
·         Gam
Bahan-Bahan Rujukan
·         Buku Teks Sains Tahun 1
·         Claire Llewellyn. 2010. Asas Sains : Bunyi dan Pendengaran (terjemahan). Malaysia: IIUM Printing Sdn. Bhd.
·         Rosli Nik Mat. 1996. Bunyi dan perbuatan haiwan. Malaysia: PRIN-SD Sdn.Bhd.
Pengetahuan Sedia Ada

·         Murid pernah melihat dan didedahkan dengan haiwan-haiwan yang dinyatakan oleh guru di persekitaran mereka.
·         Murid pernah mendengar bunyi haiwan.


Langkah Pengajaran dan Pembelajaran.
LANGKAH/MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI P&P
CATATAN
Set induksi
( 5 minit )
Menarik minat murid.

Audio bunyi haiwan
 (teka teki)

1.      Guru memperdengarkan bunyi-bunyi haiwan kepada murid.
2.      Murid meneka bunyi –bunyi haiwan tersebut.
3.      Guru bersoal jawab dengan murid tentang bunyi dan pergerakan haiwan.
4.      Guru mengaitkan haiwan-haiwan tersebut dengan tajuk pengajaran pada hari tersebut.

ABM :
-          Audio bunyi-bunyi haiwan.
-          Papan Putih
-          Pen marker

KBKK :
-          Membuat ramalan

Nilai :
-          Menumpukan perhatian
-          Bekerjasama
-          Yakin
Langkah 1
(10 Minit)

Klip video nyanyian mengenai bunyi haiwan.

Mengajuk bunyi haiwan

1)      Ayam
2)      Itik
3)      Kambing
4)      Kucing
5)      Anjing
6)      Burung
7)      Lembu
8)      Gajah
9)      Singa
10)  Ular
11)  Monyet
12)  Serigala

1.      Murid dipertontonkan dengan klip video nyanyian lagu bunyi haiwan.
2.      Murid-murid diminta untuk menyebut nama-nama haiwan yang ada dalam video dan memberitahu guru apa bunyi haiwan tersebut.
3.      Murid-murid juga diminta untuk mengajuk bunyi haiwan yang ada dalam video.
4.      Guru akan mengelaskan haiwan tersebut mengikut bunyi haiwan.
Haiwan
Bunyi
Contoh
Ayam
Berkokok
Kok kok kok
Anjing
Menyalak
Woof woof
Itik
Mengakak
Kuek Kuek Kuek
Kambing
Mengembek
Embekk embekk
Kucing
Mengiau
Meow  meow
Burung
Berkicau / berdecip / berdecit
Cip cip cip
Lembu
Melenguh
Moo moo moo
Gajah
Bertempik
Pawooo
Singa
Mengaum
Roarrr
Ular
Mendesis / berketur
Sssss sssss
Monyet
Mengerih
Uu-aa uu-aa
Serigala
Meraung
Awooooooo



ABM :
-          Video
-          Komputer Riba
-           Pembesar Suara
-          Papan putih
-          Pen Marker
KBKK:
-           Menjana idea
-          Mengkelaskan / membuat kategori

Nilai :
-          Menumpukan perhatian
-          Bekerjasama
-          Yakin
-          Gembira
-           
Langkah 2
(10 Minit)
Aktiviti Kumpulan
(menyanyi lagu “Can Mali Can” sambil meniru bunyi haiwan )

Gambar binatang:













1.      Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan.
2.      Setiap kumpulan perlu menghantar 2 orang wakil untuk bertanding antara kumpulan.
3.      Wakil bagi setiap kumpulan akan memilih satu gambar daripada beberapa gambar binatang yang disediakan oleh guru.
4.      Guru akan menerangkan aktiviti yang akan dijalankan kepada murid.


ABM :
-          kad gambar haiwan
-          lagu “Can Mali Can”
-          pembesar suara

KBKK :
-          membuat sekuen/urutan

Nilai
-          Kerjasama
-          Disiplin
-          Gembira
-          Yakin
Langkah 3
(10 minit)
Peneguhan konsep melalui latihan
1.      Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
2.      Murid  dibimbing menyiapkan lembaran kerja dalam masa yang ditetapkan.
3.      Murid diminta mewarnakan gambar haiwan didalam lembaran tersebut.
4.      Semakan terus dibuat bersama dengan murid dan ditampal di dalam buku nota.

ABM :
-          Lembaran kerja
-          Gam

KBKK :
-          Mengkelaskan/ mencirikan
-          Membandingbeza

Nilai :
-          Kerajinan
-          Bersungguh-sungguh dalam P&P
Penutup
(5 minit)

Tayangan video dan nyanyian murid.
1.      Guru membimbing murid untuk membuat rumusan terhadap pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.
2.      Murid-murid ditayangkan dengan video nyanyian berkenaan dengan haiwan.
3.      Murid diminta menyanyi bersama iringan video.


ABM :
-          Video
-          Pembesar Suara

Nilai :
-          Kerjasama
-          Gembira


Catatan Penyelia :
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________