Sesetengah individu CP mengalami masalah
pergerakan tangan yang agak serius. Mereka mengalami masalah untuk mengawal pergerakan
tangan mereka. Mereka bukan saja tidak boleh menulis dan menggunakan komputer
dengan papan kekunci dan tetikus biasa, tetapi mereka juga tidak dapat
menggunakan papan kekunci atau tetikus khas dengan efektif. Walaubagaimanapun,
mereka tetap boleh mengakses komputer dan internet dengan menggunakan switch.
Switch access merupakan cara yang paling mudah
bagi individu-individu CP atau OKU lain yang mengalami pergerakan
tangan yang sangat terhad untuk menggunakan komputer. Dari segi fizikal, mereka
hanya perlu menekan sesuatu switch. Mereka boleh menekan switch
itu dengan tangan, siku, kepala, lutut atau anggota badan lain yang
berkeupayaan untuk menekan switch. Untuk menggunakan switch, kita
biasanya perlu menginstall perisian yang berkaitan dengannya terlebih
dahulu. Selain perisian, switch juga mempunyai aksessorinya iaitu mounting
yang memegangnya. Switch boleh digunakan sebagai switch
tersendiri, papan kekunci dan tetikus.
Untuk menaip sesuatu huruf atau melakukan sesuatu pergerakan
cursor termasuk single click dan double click dengan switch,
mereka perlu menekan switch untuk mengaktifkannya terlebih dahulu.
Dengan ini, launcher tertentu yang kelihatan seperti on screen
keyboard akan dipaparkan pada monitor. Satu skanning akan bergerak dari
satu set kekunci ke satu set kekunci yang lain. Masa yang diambil oleh skanning
untuk bergerak dari satu set kepada set yang lain boleh diubah berdasarkan
keperluan seseorang individu. Mereka mesti memastikan set kekunci yang mana
satukah mengandungi kekunci yang diingini. Kemudian, mereka perlu menekan switch
apabila skanning itu berada pada set kekunci tersebut. Dengan ini, scanning
akan menjadi lebih kecil dan bergerak dari satu subset kekunci ke satu subset
kekunci lain yang berada dalam set kekunci yang dipilih itu. Proses ini mungkin
diteruskan sekali lagi sehingga skanning itu bergerak dari satu kekunci ke satu
kekunci yang lain. Akhirnya, mereka perlu menekan switch sekali lagi
untuk memilih kekunci yang diingini itu apabila skanning berada padanya.
Walaupun switch access merupakan satu cara yang
paling mudah bagi individu-individu yang mengalami pergerakan tangan yang
sangat terhad untuk mengakses komputer, tetapi mereka mesti mempunyai tahap
kognitif tertentu. Mereka mesti berkebolehan memahami konsep scanning dan juga
menentukan kedudukan kekunci yang diingini pada launcher.
Mereka memerlukan masa yang sangat lama untuk menaip sesuatu
atau menggerakkan cursor bagi melakukan sesuatu dengan menggunakan switch.
Mereka mungkin hanya dapat menaip beberapa perkataan sahaja dalam masa sejam.
Adakalanya, mereka tersilap atau terlewat menekan switch akibat daripada
masalah pergerakan atau sebab-sebab lain. Hal ini mungkin boleh menyebabkan
mereka berasa kecewa. Walaubagaimanapun, dengan adanya switch, mereka
boleh menggunakan komputer, mengakses internet, belajar dan membuat kerja
sekolah. Selain itu, kepantasan skanning boleh ditingkatkan dari masa ke semasa
apabila seseorang itu telah menguasai penggunaan switch.
Selain single-handed keyboard, intellikeys, keyguard
dan switch, terdapat pelbagai perkakasan komputer khas yang lain bagi
memenuhi keperluan khas golongan kurang upaya. Contohnya, joystick, eye
gaze system, expanded keyboard, mini keyboard dan sebagainya.
Kebanyakan perkakasan komputer tersebut hanya dihasilkan di sesetengah negara
sahaja dan harganya agak tinggi. Hal ini menyebabkan kebanyakan individu palsi
serebrum yang memerlukan perkakasan khas ini tidak dapat mengakses komputer dan
internet. Individu-individu kurang upaya, ibubapa atau guru mereka juga tidak
dapat mencuba perkakasan tersebut sebelum membeli untuk memilih perkakasan yang
betul-betul sesuai dengan keperluan mereka. Mereka semua juga perlu mempelajari
cara-cara menggunakan perkakasan tersebut dengan sendiri berdasarkan buku
panduan yang diberi saja. Sekiranya terdapat sebarang masalah pada perkakasan
tersebut, mereka juga tidak dapat atau sangat sukar untuk mendapatkan
perkhidmatan bagi membaikinya.
No comments:
Post a Comment