Assalammualaikum,,
Salah satu tugasan yang kami perlu lakukan ialah membuat Alat Bantu Mengajar dan juga Rancangan Pangajaran Harian (RPH) untuk mengajar pelajar Pendidikan Khas . Oleh itu, saya telah memilih untuk mengajar subjek Matematik bawah tajuk Mata Wang. Post kali ni saya akan letakkan RPH saya. Dan inilah hasilnya ::::
Rancangan Pengajaran
Harian
Kelas : 1 Jujur (Pendidikan Khas)
Hari : Isnin
Tarikh : 28 Oktober 2013
Masa : 10.30 a.m - 10.50 a.m (20minit)
Matapelajaran :
Matematik
Tajuk : Wang hingga RM10
Objektif Am :
Murid
dibimbing untuk mengenalpasti wang ringgit dan sen.
Objektif Pengajaran :
- Murid dapat mengenalpasti dan membezakan wang kertas dan wang syiling .
- Menamakan objek atau gambar yang terdapat pada permukaan wang syiling da wang kertas.
- Murid dapat menyatakan simbol-simbol dan warna yang terdapat pada wang syiling dan wang kertas
Nilai-nilai murni :
Berdisiplin , Menumpukan Perhatian , Berjimat – cermat,
Bekerjasama
Kemahiran Berfikir :
Dapat menjelaskan contoh ciri-ciri wang syiling dan wang
kertas dari segi saiz, bentuk dan warna.
Kaedah Pengajaran :
- Soal jawab
- Perbincangan
- Sumbangsaran
- Mengkaji pengetahuan
Bahan Bantu Mengajar :
- Wang syiling contoh atau wang mainan dan wang sebenar 5 sen hingga 50 sen.
- Wang kertas contoh atau wang mainan dan wang sebenar RM 1 hingga RM 100
- Gambar
- Papan putih
- Pen marker
- Pelekat kertas
Bahan-bahan Rujukan :
Buku Teks
Matematik Tahun 1
Pengetahuan Lepas :
- Murid – murid mengetahui dan telah mempelajari nombor semasa bermula dari nombor 0 hingga 100
- Murid pernah menggunakan wang untuk membeli makanan dan minuman di kantin
- Murid telah biasa melihat mata wang
LANGKAH / MASA
|
ISI PENGAJARAN
|
KAEDAH DAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN /
BBM
|
|
AKTIVITI GURU
|
AKTIVITI MURID
|
|||
SET INDUKSI
(5 minit )
|
Wang syiling
dan wang kertas mempunyai ciri-ciri
seperti saiz, bentuk dan warna yang berbeza
|
1. Minta pelajar mengeluarkan wang saku yang
dibawa dan letakkan di atas meja.
2. Guru tanya tentang saiz , bentuk dan warna
wang saku.
|
1.
Murid mengeluarkan wang saku dan
tunjuk kepada guru.
2.
Murid dapat menyatakan ciri-ciri
wang dari segi saiz, bentuk dan warna.
|
-
Wang sebenar
|
LANGKAH 1
(10 minit)
|
Wang syiling dan wang kertas mempunyai
simbol dan warna yang berbeza.
5 sen : destar siga, warna perak,
10 sen : motif orang asli, perak,
20 sen : bunga melur, emas
50 sen : sulur kacang, emas
RM1 : wau, biru
RM5 : burung enggak badang, hijau muda
RM10 : Rafflesia, merah
RM20 : Penyu Karah & Penyu Belimbing
RM50 :Kelapa sawit dan bioteknologi, hijau kebiruan
RM100 : Taman Kinabalu dan Gunung Kinabalu, ungu
|
1.
Guru menerangkan simbol – simbol
yang terdapat pada wang syiling dan dan kertas.
|
1.
Murid mendengar apa yang diterangkan
oleh guru.
|
-
Wang sebenar
-
Wang palsu
-
Gambar
-
Papan putih
-
Pen marker
|
LANGKAH 2
(10 minit)
|
Mengenal dan memadankan wang syiling dan
wang kertas.
|
1.
Guru memanggil beberapa murid ke
depan untuk membuat latihan.
2.
Guru menyediakan wang kertas dan
wang syiling palsu dan meminta pelajar memadankan wang tersebut ke dalam
jadual yang dibuat oleh guru berdasarkan ciri-ciri yang disebut oleh guru.
|
1.
Murid yang sukarela / dipilih pergi
ke depan kelas.
2.
Murid mendengar arahan guru dengan
teliti.
|
-
Wang palsu
-
Papan putih
-
Pelekat kertas
|
PENUTUP
(5 minit)
|
Mengingat palajaran hari ini dan nasihat.
|
1.
Guru minta murid menyatakan jumlah
wang Malaysia yang guru tunjuk kepada murid .
2.
Guru menasihatkan murid supaya
berjimat cermat dalam berbelanja.
|
1.
Murid menjawab pertanyaan guru.
2.
Murid mendengar nasihat guru.
|
Penilaian Kendiri :
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Catatan Penyelia :
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Terima kasih atas perkongsian. Minta izin untuk share.
ReplyDelete