Individu-individu CP bukan saja lebih
terdedah kepada masalah pendengaran berbanding dengan orang lain, tetapi mereka juga lebih
cenderung mengalami masalah penglihatan berbanding dengan
individu-individu lain.
Salah satu masalah penglihatan yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak CP ialah strabismus yang menyebabkan double vision.
Hal ini berlaku kerana terdapat perbezaan kekuatan otot-otot mata kiri
dengan mata kanan yang menyebabkan kedudukan kedua-dua mata yang tidak
selari. Pembedahan biasanya dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini.
Ada juga individu CP yang menghadapi masalah penglihatan lain seperti hemianopia. Hemianopia
merupakan suatu keadaan di mana sebahagian mata seorang itu menghadapi
masalah penglihatan atau buta. Ia berlaku sama ada pada bahagian kiri
atau bahagian kanan mata seseorang dan boleh berlaku pada salah satu
mata atau kedua-dua belah mata. Apabila ia berlaku pada kedua-dua belah
mata, bahagian kiri atau bahagian kanan kedua-dua mata itu tidak dapat
melihat atau buta.
Assalamualaikum ,saya mengalami hemianopia Hemianopia ,adakah pleuang untuk saya sembuh??. tolong reply saya dalam keadaan yang cemas apabila membaca artikel ni.
ReplyDelete