Individu CP berkemungkinan menghadapi
masalah sensori dan masalah persepsi. Ada kanak-kanak CP
yang tidak peka terhadap sentuhan atau kesakitan. Mereka mungkin juga
tidak dapat mengenalpasti akan sesuatu objek melalui sentuhan.
Contohnya, mereka menghadapi masalah untuk mengenalpasti sama ada objek
yang dipegang itu merupakan sebiji bola yang keras, sesuatu permainan
yang lembut atau objek lain, sekiranya tidak melihat pada objek
tersebut.
Ada yang menghadapi kesukaran
untuk mempersepsikan atau mentafsir maklumat-maklumat yang diterima oleh
deria-deria terutamanya dalam bentuk cahaya (penglihatan) dan bunyi
(pendengaran). Hal ini disebabkan oleh kecacatan otak yang tidak dapat
mengintepretasikan maklumat-maklumat yang diterima oleh deria-deria. Hal
ini berbeza daripada masalah penglihatan atan masalah pendengaran.
Seseorang yang menghadapi masalah persepsi visual akan menghadapi
kesukaran untuk mencari perkataan yang sesuai untuk menamakan objek yang
dia nampak. Dia tahu bagaimana objek itu dipanggil tetapi dia tidak
dapat atau lambat berfikir akan nama itu. Satu contoh lain ialah apabila
dia diminta mencari atau mengambil sesuatu objek. Adakalanya dia nampak
objek itu yang berada di depan matanya, tetapi tidak menyedari objek
tersebut merupakan objek yang dicarinya lalu menyatakan bahawa dia tidak
dapat mencari objek tersebut. Begitu juga dengan masalah persepsi
audio.
Seseorang itu dapat mendengar kita bercakap dengannya, tetapi
otaknya tidak dapat atau lambat memproses apa yang kita cakap itu kepada
maklumat yang berguna. Oleh itu, dia tidak atau lambat memberi respon
kepada kita.
No comments:
Post a Comment