Difahamkan bahawa 2/3 daripada individu CP mempunyai kecerdasan mental yang lebih rendah atau
mengalami masalah intelektual. 1/3 daripadanya hanya mengalami
masalah intelektual pada tahap minimum, manakala 1/3 lagi
pada tahap sederhana atau teruk. Individu CP yang lain (1/3 daripada mereka) mempunyai kecerdasan mental yang normal,
malah ada yang lebih tinggi.
Seseorang
yang mengalami masalah intelektual akan menghadapi kesukaran dalam
sesetengah aspek kehidupan. Mereka mungkin menghadapi kesukaran dalam
pengurusan diri, aktiviti-aktiviti harian, penjagaan kesihatan dan
keselamatan diri, bidang akademik, kemahiran komunikasi, kemahiran
sosial, kemahiran bermain atau melibatkan diri dalam aktiviti masa
lapang dan juga bekerja. Kesukaran yang dihadapi mereka adalah berbeza
antara satu sama lain.
Walaubagaimanapun,
kebanyakan mereka hanya memerlukan masa yang lebih lama sedikit untuk
mempelajari sesuatu yang baru. Dengan latihan atau terapi dan bimbingan,
mereka berkeupayaan menjalani kehidupan berdikari dan hidup
bermasyarakat.
Individu CP
baik yang mempunyai kecerdasan normal atau lebih rendah juga
berkemungkinan mengalami masalah pembelajaran. Mereka yang mengalami
masalah pembelajaran bukan bermaksud mereka ini tidak boleh belajar.
Mereka mungkin memerlukan strategi pembelajaran yang berlainan atau
memerlukan masa yang lebih panjang untuk belajar, dan mereka juga boleh
mencapai kejayaan dalam pelajaran.
No comments:
Post a Comment